Saja share sebab haritu baru dapat pesakit yang baru habis chemotherapy sebab ada masalah kanser testis😄
Sebelum lahir, buah zakar berada di bahagian abdomen, namun apabila sudah cukup bulan dan selepas dilahirkan, ia akan turun dan masuk ke dalam kantung aka skrotum.
Ia adalah proses semula jadi namun ada bayi yang dilahirkan, buah zakar yang masih berada di dalam abdomen sedangkan suhu tubuh yang tinggi tidak sesuai untuk buah zakar dan ia boleh merosakkan sel testikel seterusnya mengubah ia menjadi sel kanser. Ianya kadangkala mengambil masa mungkin setahun atau dua tahun untuk buah zakar bayi masuk ke dalam kantungnya dan ianya memerlukan suhu di luar badan yang tidak terlalu panas.
Bagaimanapun, jika buah zakar masih belum turun ke dalam skrotum dalam tempoh tersebut, ada kemungkinan ia akan kekal di dalam abdomen dan ini akan merosakkannya, seterusnya menjejaskan sistem reproduktif, penghasilan hormon testosteron dan mendedahkan pesakit kepada kanser.
Sekiranya itu berlaku, perkembangan lelaki akan terjejas kerana hormon testosteron berperanan memberi sifat kelelakian termasuk suara, pembentukan otot, keinginan seksual dan sistem pembiakan, malah testikel penting bagi penghasilan sperma.
Jika hormon testosteron tidak dapat dihasilkan, bukan saja sifat kelelakian tidak dapat dibentuk, malahan lelaki tadi akan mempunyai sifat kewanitaan lebih tinggi kerana memiliki lebih banyak kandungan hormon estrogen. Tapi ini tidaklah bermakna anda perlu mengubah jantina anda ye. Mengubah jantina asal adalah berdosa besar✌🏻
Bayi yang lahir sebegitu biasanya disebabkan oleh masalah genetik dan perlu mendapatkan rawatan doktor sekiranya buah zakar masih berada dalam bahagian abdomen.
Please jangan suka urut urut dan tuam tuam bayi jika ternampak ketulan atau benjolan ya.
Dapatkan rawatan yang betul.
Kanser testis atau kanser buah zakar bukanlah perkara yang boleh diambil enteng wahai tuan tuan sekalian. Walaupun bunyinya sedikit comel, namun bilangannya semakin meningkat.
Nota kaki : Bukan wanita sahaja yang perlu memeriksa payudara setiap bulan sekal, lelaki juga perlu melakukan perkara yang sama ya😊
Dr. Erna Nadia
Terlebih steroids , pengawalan kencing manis yang tak bagus boleh menyebabkan kemandulan. Sayangi sperma anda🎈
Sumber gambar : Francisca Nasis.